Tuesday, October 27, 2015

Gajet aku aku punya suka

Assalamualaikum dan salam kecintaan untuk pembaca sekalian, ehem2. pada malam ini aku akan menulis serba sedikit tentang gajet. Gajet secara umumnya boleh diklasifikasikan sebagai peralatan elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus dan sering mengalami proses pembaharuan dari hari ke hari sehingga hidup kita sekarang lebih moden dan senang terutamnya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Gajet pada masa kini boleh dikatakan sebagai satu keperluan terutamanya kepada golongan pelajar dan mereka yang berkerjaya. Jika kita kembali ke era 70an atau 80an, sudah tentu kita tidak akan dapat melihat gajet-gajet canggih seperti yang ada dipasaran kini. Aku rasa bertuah kerana dilahirkan pada abad ke21 ini kerana aku dapat menikmati teknologi yang dihasilkan oleh manusia yang mampu memudahkan kehidupan seharian manusia. Aku ada gajet iaitu telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S plus sepertimana yang dapat dibawah ini.Telefon bimbit aku berwarna hitam berkilat dan nampak seksi..haha..aku ni bukanlah orang yang suka bergaya dengan gajet-gejet mahal kerana aku bukan anak orang berada. Bagi aku apa yang aku perlukan harus diutamakan berbanding dengan kehendak aku. Kalau diikutkan hati aku, aku ingin sekali beli telefon bimbit jenama Apple. Tapi disebabkan aku rasa duit pinjaman PTPTN aku lebih diperlukan untuk buat makan minum, maka aku abaikan kehendak aku. Cukuplah bagi aku dengan hanya memakai telefon yang harganya agak murah tapi ianya sesuai dengan aku. Kalau barang yang aku beli tidak sesuai dengan aku pun aku tidak akan pakai sebab memang perangai aku dah macam itu. Aku suka beli sesuatu dengan harga agak murah tapi aku berasa selesa bila memakainya termasuklah gejet aku ini.

                                             
                                     




Aku beli handphone ini pada tahun 2014 dengan harga dua ratus dua puluh ringgit daripada kawan aku. Dia sudah pakai telefon ini lebih kurang empat bulan katanya. Aku rasa sangat selesa guna telefon bimbit ini kerana saiznya tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Korang tahu tak apa perasaan aku bila dapat beli telefon bimbit ini?haha..aku rasa sungguh gembira kerana sebelum ini aku hanya pakai telefon "cap ayam" je. Jadi bila aku dapat pakai telefon bimbit ini aku rasa gembira tidak terkata sebab bukan sahaja dapat pakai telefon bimbit yang canggih dengan ada kamera depan dan belakang malah disebabkan harganya itu agak murah berbanding dengan harga sebenar dipasaran.huhu....Minggu pertama aku pakai telefon ini, ada jugak kawan-kawan sekelas aku tegur kata "aduuu jemi pakai telefon baru" dan akupun buat-buat bodo je padahal aku ada rasa sedikit bangga. Pada mula-mula aku pakai telofon ni aku jaga ia ibarat "bagai menatang minyak yang penuh". aku lap "touchscreen" bila ada kesan habuk atau ada kesan berminyak, aku tekan skrin dengan lembut, aku pasang "cover" supaya tidak mudah calar. 

Namun setelah aku pakai lebih kurang stahun lebih kini handphone aku ada masalah. "Keypad" tidak berfungsi dengan baik, kadang-kadang aku boleh menaip kadang-kadang aku tidak boleh menaip. Aku ingin sekali untuk membaikinya tapi sudah tentu kos itu agak mahal. Aku berasa kesal kerana tidak membeli barang yang ori dengan ada "warranty", tapi oleh kerana aku sangat memerlukan telefon bimbit pada masa itu bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan bila pergi jalan-jalan dan untuk kegunaan bagi tujuan pelajaran lalu aku terus beli kerana aku tengok handphone tersebut masih baru dan elok. Jadi aku ingin berpesan kepada mereka yang ingin membeli gajet agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dan seelok-eloknya belilah produk yang terbukti kualitinya dan ada tempoh jaminan yang panjang.





Nampak ke tidak gambar diatas itu??haha..itulah komputer riba atau lebih suka dipanggil "laptop". Aku dengan laptop ini "ibarat isi dengan kuku". Setiap kali aku balik dari kelas mesti aku "on laptop" untuk main game, dengar muzik, tengok movie dan macam-macam lagi lah. Tanpa laptop ini aku akan rasa hidup aku boring giler sebab telefon bimbit aku ada masalah teknikal. Jadi aku lebih meluang masa dengan menggunkan laptop berbanding dengan telefon bimbit. Laptop ni jenama "ACER", harganya dipasaran lebih kurang dalam seribu empat ratus lebih. Laptop ini aku jaga dengan elok kerana ini adalah pemberian daripada ayah aku sebagai hadiah sebab aku dapat sambung belajar di Universiti. Kini sudah hampir empat tahun aku menggunakan laptop ini, namun ia masih lagi berfungsi dengan baik cuma baterinya bermasalah atau  dipanggil "bateri kondem".

cerita ku di UUM

Assalamualaikum dan salam kecintaan untuk para pembaca sekalian,heee
Di sini aku ingin kongsikan cerita aku bermula dari mula-mula aku menjejakan kaki dibumi sintok iaitu di Universiti Utara Malaysia (UUM) sehinggalah sekarang. Seingat aku pada masa itu ialah pada tahun 2012 iaitu pada bulan september. Setelah aku pikir masak-masak sama ada ingin melanjutkan pelajaran atau sebaliknya, aku membuat keputusan untuk meneruskan juga pelajarkan aku diperingkat ijazah sarjada muda dalam jurusan yang ditawarkan UUM kepada aku iaitu jurusan pengurusan operasi. Pada hari pertama aku tiba disini aku rasa sangat kekok dengan keadaan sekeliling mungkin sebab aku tidak ada kawan yang aku kenal. Semasa aku semester satu, aku ditempatkan di dewan penginapan pelajar Yayasan Al-Bukhari atau dpp YAB di bilik AP1 402 kalu tidak silap aku. Aku tinggal bersama roomate yang berasal dari kedah.aku panggil dia pokjak. Pada minggu pertama berada disitu, kami diwajibkan untuk mengikuti minggu orientasi atau sesi suai kenal. Minggu ni minggu paling memenatkan kerana terpaksa berjalan dari dpp sampai ke Dewan Muazzam Shah (DMAS), kaki aku rasa macam nak tercabut tapi nasib baik tak tercabut..hahaha. Walaupun penat tapi apabila dikenang balik ia adalah satu pengalaman yang berharga sebenarnya untuk aku kerana selepas ini mungkin aku dah tidak dapat merasai lagi keadaan seperti itu. Minggu pertama inilah aku mula mengenali seorang dua kawan tidak semua orang sudi untuk berkawan dengan aku..hurmmm..tp alhamdulilah aku ada jugak kawan walaupun tidak ramai. Kenangan yang aku tidak dapat diupa juga iailah peristiwa tidak jumpa cari kelas kuliah sampai sesat merata tempat. Nak bertanya pada orang lain tapi hati rasa malu..hahaha..betul la kata orang,"malu bertanya sesat jalan". Pada masa ini aku betul-betul rasa kekok untuk pergi kemana-mana sebab aku takut sesat. Semasa semester satu ini, aku ambil enam subjek kesemuanya dan aku lulus semua.HUHU....aku mulai mengenali apa itu "assignment"..hati aku ada terdetik begini "oooo macam ini cara mahasiswa mahasiswi UUM belajar". Aku yang sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan orang luar kini aku mula berkawan dengan mereka..rasa diri sidikit maju..haha. Aku juga dapat merasai "nikmatnya" berebut bas setiap pagi untuk pergi ke kelas.

Semasa aku disemester dua, aku maseh menginap di dpp YAB dengan rumate yang sama tapi tidak lama kerana Pokjak perlu berpindah ke dpp BSN kerana dia menyertai PALAPES. Cerita aku disemester dua tidak jauh bezanya dengan semester satu, yang berbezanya aku belajar subjek yang baru dengan pengajar yang baru. Di semester dua aku diberi lebih banyak tugasan yang memeningkan kepala otak aku. Tapi berkat kesabaran aku mampu siapkan tugasan-tugasan tersebut. Pada masa ini, aku sudah mengenali lebih dekat penghuni dpp YAB. Pelajar yang sama "batch" dengan aku pun aku sudah mula kenal secara tidak langsung melaui program "POM family day" anjuran kelab persatuan pengurusan operasi.


Setelah tamat semester dua, aku meneruskan pelajaran disemester tiga. kali ini berbeza pula ceritanya kerana aku diapung ke dpp TM. Suasana baru aku lalui disitu bersama rumate aku yang baru tapi tidak mengapa sebab rumate aku itu aku sudah mengenalinya sejak semester satu lagi..haha. Pada masa itu aku mengambil enam subjek dan jadual kelas hanya pada hari isnin dan khamis. Sehari ada enam kelas bermula dari pukul 8.30pagi sampai ke pukul 5.00petang. Walupun penat tapi berbaloi sebab hari-hari lain aku boleh rehat.haha. Jujur aku bagitau korang yang aku ni sebenarnya pemalas, malas hendak bergerak kemana-mana, malas belajar, malas berfikir dan macam-macam lagilah. Setelah tamat peperiksaan akhir semester tiga dan keputusan peperiksaan telah pun diumumkan, aku berasa terkejut dan kecewa kerana terpaksa mengulangi(repeat) dua mata pelajaran iaitu subjek teknologi pembuatan dan subjek pengurusan kewangan 1..hurmm.

Keadaan sama terjadi lagi disemester empat apabila aku sekali lagi diapung. Kali ini diapung ke dpp SME BANK yang lokasi jauh diluar kawasan kampus iaitu di Bukit Kachi. Di sini aku tinggal bersama rakan sebilik yang baru yang agak pendiam. Suasana berbeza aku rasai disini seperti ada hikmah disebalik kegagalan aku disemester tiga, disini aku rasa lebih selesa dengan bilik dan suasana sekitarnya yang agak nyaman..haha. Pada semester empat aku berazam untuk belajar lebih rajin supaya prestasi akademik aku lebih baik dan akhirnya aku berjaya untuk memperbaiki "pointer" aku. Aku terpaksa mengambil tujuh subjek untuk mengelakan aku daripada kena "extend semester". Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa disemester empat ialah apabila aku berjaya membuat panahan yang tepat pada sasaran semasa sukan memanah dalam kegiatan luar kuliah (KLK).

sukan memanah 

Memasuki semester lima aku masih lagi tinggal di dpp yang sama dengan rumate yang sama.Tiada apa yang menarik di semester lima, jadi aku hendak bercerita ke semester enam. Semester enam aku tinggal dengan rakan sebilik yang baru dibilik yang sama. Rumate baru aku yang ini suka menyanyi sama kepala macam aku. Jadi sesuailah aku tinggal sebilik dengan dia.haha. Kenangan manis yang aku tidak dapat lupakan sampai bila-bila semasa berada disemester enam ialah apabila aku dapat kenal dengan seorang pengajar atau "lecturer" yang baik hati. Beliau mengajar subjek kejuruteraan alam sekitar. Aku mulai rapat dengan beliau selepas dia pergi cari aku sampai ke dpp sebab aku tidak hadir kuliah dua hari berturut-turut kerana aku tidak sihat tp aku lupa untuk bagitau beliau. Jadi sebab itu dia datang mencari aku sampai ke dpp. Aku terkejut sebab tidak ada pengajar yang pernah aku berbuat sedemikian sebelum. Selepas peristiwa tersebut, aku mulai rapat dengan beliau dan dia sudi mendengar luahan masalah yang aku hadapi, beliau beri motivasi secara personel untuk aku, dan sering jugak beliau bawa aku dan kawan-kawan lain keluar bersiar-siar supaya dapat mengurang tekanan. Sebagai tanda kenangan aku letak sekeping gambar..hehe. yang duduk di sebelah aku itulah pengajar yang aku maksudkan



kenangan bersama kawan-kawan

semester tujuh atau semester yang aku sedang lalui sekarang ini merupakan semester yang sangat mencabar minda kerana subjek terutamanya subjek projek akhir memerlukan otak aku untuk berfikir secara lebih praktikal dan pemahaman yang menyeluruh sangat diperlukan. Semester ini aku banyak bersekam mata untuk menyiapkan tugasan. Ditambah pula dengan masalah dalam mendapatkan tempat praktikum yang sesuai. Tapi dalam keadaan sedikit tertekan itu, aku maseh lagi mampu untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan sama jurusan keluar makan bersama-sama. Sekurang-kurang ada jugak kenangan di semester tujuh ini. Apa yang menarik ada kawan aku siap dengan buat video sebagai tanda persahabatan dan kenangan.haha

kenangan bersama kawan-kawan sama jurusan

Aku ingin mengakhiri cerita perjalanan hidup aku di UUM ini dengan ucapan sekian terima kasih dan selamat malam:-)

Kehijauan bumi

Hai bloger sekalian, pada hari ini saya ingin menulis serba sedikit tentang keindahan rumput yang ada disekeliling kita. Rumput biasanya berwarna hijau dan tumbuh dengan sendirinya di tempat yang mempunyai tanah yang subur. Rumput  Di halaman rumah rumput kapet biasanya dijadikan sebagai elemen untuk landskap kerana rumput tersebut mempunyai struktur yang menarik. Jika diperhatikan rupa rumput kapet ini menyamai kapet. Mungkin sebab itu rumput ini dipanggil rumput kapet. Pada masa kini, rumput kapet di jual dengan harga yang agak tinggi kerana mungkin disebabkan oleh kecantikan dan daya tarikan yang ada padanya. Biasanya kita dapat lihat rumput ini dikediaman orang yang berada kan?. Jadi tidak hairanlah aku kata yang rumput kapet ini berharga agak mahal. Tapi gambar rumput yang aku masukan dalam blog aku ini bukanlah rumput dari kediaman orang kaya atau berada, aku tangkap gambar ini dekat kawasan kaki lima perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Apa yang membuatkan aku minat untuk menulis tentang rumput ini adalah kerana aku minat pada sesuatu yang berwarna hijau. Warna hijau ini ada orang kata warna syurga, warna ketenangan dan menurut ahli psikologi warna hijau boleh menguatkan daya stamina pada otak manusia.





Bila diperhatikan rumput ini sangat menarik kerana dengan adanya rumput ini landskap dikawasan perpustakaan tersebut menjadi lebih indah dengan kehijauan tumbuhan. Rumput kapet ini tidak sama macam rumput padang kerana rumput ini tidak mudah tumbuh tinggi. Tetapi rumput ini lebih memerlukan penjagaan agar ianyanya sentiasa kelihatan subur. Ianya perlu disiram agar tanah sentiasa lembab. Rumput kapet ini kelihatan begitu indah bilamana ia disiram sewaktu matahari tengah bersinar, ia kelihatan seolah-olah ada sinaran dipermukaan rumput. Aku bercita-cita untuk menanam rumput kapet dihalaman rumahku apabila aku berjaya dalam hidup nanti..

Monday, October 19, 2015

Latar belakang

Assalamualaikum dan salam kecintaan ku tujukan buat pembaca blog sekalian..hehe..Pada petang yang mendung ini hatiku tiba-tiba terdetik untuk menulis di halaman blog ini. Aku ada sesuatu untuk dikongsi dan aku harap korang tidak “muntah” bila baca blog aku ini. Aku baru sahaja buat blog dan aku sebenarnya kurang arif lagi pasal blog. Apa yang aku rasa aku nak luahkan aku akan buat “coretan” disini dan sebab itu aku letak nama blog aku ni “coretan kertas putih”.

Setiap insan yang diciptakan oleh Allah S.W.T ada perasaan. Pada peringkat umur manusia itu sudah matang atau sudah akil baligh, sudah tentu perasaan untuk mencintai dan dicintai wujud dalam diri setiap insan yang normal tidak kira lelaki mahupun perempuan sesuai dengan fitrah manusia. Cinta boleh berputik dalam pelbagai cara yang tidak diduga. Aku percaya yang jodoh itu adalah ketentuan dari Ilahi. Seorang lelaki yang bernama Nik Man bin Abdullah dan tinggal dikampung Banggol Stol iaitu sebuah kampung didaerah Pasir Mas, Kelantan, ada bercerita pada aku tentang kisah bagaimana beliau berjumpa dan berkahwin dengan seorang perempuan yang sama sekali beliau tidak menduga yang perempuan itu jodoh beliau. Beliau pada masa itu berumur 26 tahun dan baru pulang dari Mekkah selepas tamat belajar disana tapi sebenarnya beliau belum sepenuhnya tamat belajar tapi terpaksa berhenti kerana masalah kewangan. Beliau tidak pernah bercinta kerana terlalu sibuk dalam menuntut ilmu dan mungkin disebabkan beliau belajar ilmu agama maka beliau tidak terlalu mengharapkan cinta yang tidak halal. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan disebabkan itu beliau gigih berusaha untuk menolong kedua ibubapa beliau. Selepas tamat belajar sekitar tahun 1972, beliau bekerja sebagai guru disebuah sekolah yayasan yang gajinya tidaklah tinggi. Oleh sebab itu beliau tidak bergantung pendapatan semata-mata kepada pekerjaan sebagai guru tapi beliau juga mencari pekerjaan sampingan iaitu sebagai pemandu kereta sewa. Beliau dapat membeli sebuah kereta hasil dari titik peluh beliau sebagai guru dan hasil simpanan beliau sejak dari remaja lagi katanya. Pada masa itu beliau ada berkenan dengan seorang perempuan yang tinggal sekampung dengan beliau. Nama perempuan itu ialah Roziah bt Che Hassan dan umurnya 17 tahun. Tapi beliau tidak memberitahu kepada sesiapun termasuk ibupabanya. Setelah umur beliau mencecah 28 tahun iaitu sekitar tahun 1974, beliau akhirnya meluahkan hasratnya untuk membina rumahtangga bersama perempuan tersebut kepada ibubapanya. Pada mulanya perempuan itu tidak setuju untuk berkahwin dengan beliau tetapi berkat doa beliau dan ayah kepada perempuan tersebut pandai menilai seseorang maka ayahnya setuju. Sebagai anak haruslah patuh pada ibupaba maka Roziah setuju untuk berkahwin. Pada masa itu umur Roziah baru sahaja 19 tahun dan umur Nik Man 28, walaupun umur mereka agak jauh berbeza namun ianya tidak menjadi satu kepelikan kerana kebanyakan masyarakat pada masa dahulu berkahwin dengan umur sedemikian. Pada tahun 1974 mereka disatukan secara sah sebagai suami isteri dan Perasaan cinta mulai hadir dalam hati roziah dan beliau tidak pernah menyesal berkahwin dengan Nik Man.

Berkat perkahwinan mereka, mereka dianugerah tujuh orang cahaya mata iaitu 4 lelaki dan 3 perempuan dan salah seorang daripada anak mereka bernama Nik Azmi Bin Nik man iaitu aku. Aku adalah anak ke-enam mereka. Aku dilahirkan pada tahun 1992 iaitu selepas 18 tahun perkahwinan mereka.

Aku memulakan alam persekolahan di sekolah rendah kebangsaan Tok Sangkut, iaitu sekolah rendah yang paling hampir dengan tempat kediaman aku pada masa itu. Setelah itu, aku melanjutkan pelajaran diperingkat menengah di sekolah menengah kebangsaan Tiang Chandi, iaitu sekolah yang terletak di kampung Repek, Pasir Mas. Di sekolah inilah aku mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) iaitu pada tahun 2009. Aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat tingkatan enam dalam jurusan sains di sekolah bestari Kubang Bemban, namun aku tidak meneruskan untuk belajar dalam jurusan tersebut kerana bagi aku jurusan itu agak sukar dan aku telah membuat keputusan untuk menukar kepada jurusan kemanusian di sekolah kebangsaan Perempuan, Pasir Mas. Di sekolah inilah aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan aku telah memperoleh keputusan yang agak cemerlang. Aku sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang guru dengan melanjutkan pelajaran aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), namun demikian aku telah gagal dalam ujian "MEDSI" dan aku hanya ditawarkan untuk melanjutkan melajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan pengurusan operasi. Sekarang aku berada di tahun akhir dalam bidang pengajian tersebut. Kini cita-cita aku ialah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk kedua ibubapa aku dan juga kepada masyarakat. Bagi aku, apa sahaja pekerjaan yang aku akan peroleh pada masa hadapan nanti aku akan gunakan peluang itu sebaik mungkin untuk membuktikan bahawa aku juga mampu berjasa kepada ibubapa aku dan masyarakat amnya. Bagi aku juga duit bukanlah hal yang paling penting dan berharga, tapi nilai daripada duit itu yang lebih berharga, "it’s not about the money,but it’s about the value of money". Aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku mampu memberi sumbangan kepada ibubapa aku walaupun sedikit sebab aku sedar bahawa peluang untuk aku hidup mewah dengan gaji yang lumayan pada masa hadapan itu agak sukar kerana pada masa kini kos sara hidup agak tinggi serta persaingan dalam industri pekerjaan yang semakin sengit.