Tuesday, October 27, 2015

Gajet aku aku punya suka

Assalamualaikum dan salam kecintaan untuk pembaca sekalian, ehem2. pada malam ini aku akan menulis serba sedikit tentang gajet. Gajet secara umumnya boleh diklasifikasikan sebagai peralatan elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus dan sering mengalami proses pembaharuan dari hari ke hari sehingga hidup kita sekarang lebih moden dan senang terutamnya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Gajet pada masa kini boleh dikatakan sebagai satu keperluan terutamanya kepada golongan pelajar dan mereka yang berkerjaya. Jika kita kembali ke era 70an atau 80an, sudah tentu kita tidak akan dapat melihat gajet-gajet canggih seperti yang ada dipasaran kini. Aku rasa bertuah kerana dilahirkan pada abad ke21 ini kerana aku dapat menikmati teknologi yang dihasilkan oleh manusia yang mampu memudahkan kehidupan seharian manusia. Aku ada gajet iaitu telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S plus sepertimana yang dapat dibawah ini.Telefon bimbit aku berwarna hitam berkilat dan nampak seksi..haha..aku ni bukanlah orang yang suka bergaya dengan gajet-gejet mahal kerana aku bukan anak orang berada. Bagi aku apa yang aku perlukan harus diutamakan berbanding dengan kehendak aku. Kalau diikutkan hati aku, aku ingin sekali beli telefon bimbit jenama Apple. Tapi disebabkan aku rasa duit pinjaman PTPTN aku lebih diperlukan untuk buat makan minum, maka aku abaikan kehendak aku. Cukuplah bagi aku dengan hanya memakai telefon yang harganya agak murah tapi ianya sesuai dengan aku. Kalau barang yang aku beli tidak sesuai dengan aku pun aku tidak akan pakai sebab memang perangai aku dah macam itu. Aku suka beli sesuatu dengan harga agak murah tapi aku berasa selesa bila memakainya termasuklah gejet aku ini.

                                             
                                     




Aku beli handphone ini pada tahun 2014 dengan harga dua ratus dua puluh ringgit daripada kawan aku. Dia sudah pakai telefon ini lebih kurang empat bulan katanya. Aku rasa sangat selesa guna telefon bimbit ini kerana saiznya tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Korang tahu tak apa perasaan aku bila dapat beli telefon bimbit ini?haha..aku rasa sungguh gembira kerana sebelum ini aku hanya pakai telefon "cap ayam" je. Jadi bila aku dapat pakai telefon bimbit ini aku rasa gembira tidak terkata sebab bukan sahaja dapat pakai telefon bimbit yang canggih dengan ada kamera depan dan belakang malah disebabkan harganya itu agak murah berbanding dengan harga sebenar dipasaran.huhu....Minggu pertama aku pakai telefon ini, ada jugak kawan-kawan sekelas aku tegur kata "aduuu jemi pakai telefon baru" dan akupun buat-buat bodo je padahal aku ada rasa sedikit bangga. Pada mula-mula aku pakai telofon ni aku jaga ia ibarat "bagai menatang minyak yang penuh". aku lap "touchscreen" bila ada kesan habuk atau ada kesan berminyak, aku tekan skrin dengan lembut, aku pasang "cover" supaya tidak mudah calar. 

Namun setelah aku pakai lebih kurang stahun lebih kini handphone aku ada masalah. "Keypad" tidak berfungsi dengan baik, kadang-kadang aku boleh menaip kadang-kadang aku tidak boleh menaip. Aku ingin sekali untuk membaikinya tapi sudah tentu kos itu agak mahal. Aku berasa kesal kerana tidak membeli barang yang ori dengan ada "warranty", tapi oleh kerana aku sangat memerlukan telefon bimbit pada masa itu bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan bila pergi jalan-jalan dan untuk kegunaan bagi tujuan pelajaran lalu aku terus beli kerana aku tengok handphone tersebut masih baru dan elok. Jadi aku ingin berpesan kepada mereka yang ingin membeli gajet agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dan seelok-eloknya belilah produk yang terbukti kualitinya dan ada tempoh jaminan yang panjang.





Nampak ke tidak gambar diatas itu??haha..itulah komputer riba atau lebih suka dipanggil "laptop". Aku dengan laptop ini "ibarat isi dengan kuku". Setiap kali aku balik dari kelas mesti aku "on laptop" untuk main game, dengar muzik, tengok movie dan macam-macam lagi lah. Tanpa laptop ini aku akan rasa hidup aku boring giler sebab telefon bimbit aku ada masalah teknikal. Jadi aku lebih meluang masa dengan menggunkan laptop berbanding dengan telefon bimbit. Laptop ni jenama "ACER", harganya dipasaran lebih kurang dalam seribu empat ratus lebih. Laptop ini aku jaga dengan elok kerana ini adalah pemberian daripada ayah aku sebagai hadiah sebab aku dapat sambung belajar di Universiti. Kini sudah hampir empat tahun aku menggunakan laptop ini, namun ia masih lagi berfungsi dengan baik cuma baterinya bermasalah atau  dipanggil "bateri kondem".

No comments:

Post a Comment