Assalamualaikum dan salam kecintaan ku tujukan buat pembaca blog
sekalian..hehe..Pada petang yang mendung ini hatiku tiba-tiba terdetik untuk
menulis di halaman blog ini. Aku ada sesuatu untuk dikongsi dan aku harap
korang tidak “muntah” bila baca blog aku ini. Aku baru sahaja buat blog dan aku
sebenarnya kurang arif lagi pasal blog. Apa yang aku rasa aku nak luahkan aku
akan buat “coretan” disini dan sebab itu aku letak nama blog aku ni “coretan
kertas putih”.
Setiap insan yang diciptakan oleh Allah S.W.T ada perasaan. Pada
peringkat umur manusia itu sudah matang atau sudah akil baligh, sudah tentu
perasaan untuk mencintai dan dicintai wujud dalam diri setiap insan yang normal
tidak kira lelaki mahupun perempuan sesuai dengan fitrah manusia. Cinta boleh
berputik dalam pelbagai cara yang tidak diduga. Aku percaya yang jodoh itu
adalah ketentuan dari Ilahi. Seorang lelaki yang bernama Nik Man bin Abdullah
dan tinggal dikampung Banggol Stol iaitu sebuah kampung didaerah Pasir Mas,
Kelantan, ada bercerita pada aku tentang kisah bagaimana beliau berjumpa dan
berkahwin dengan seorang perempuan yang sama sekali beliau tidak menduga yang
perempuan itu jodoh beliau. Beliau pada masa itu berumur 26 tahun dan baru
pulang dari Mekkah selepas tamat belajar disana tapi sebenarnya beliau belum
sepenuhnya tamat belajar tapi terpaksa berhenti kerana masalah kewangan. Beliau
tidak pernah bercinta kerana terlalu sibuk dalam menuntut ilmu dan mungkin
disebabkan beliau belajar ilmu agama maka beliau tidak terlalu mengharapkan
cinta yang tidak halal. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan disebabkan
itu beliau gigih berusaha untuk menolong kedua ibubapa beliau. Selepas tamat
belajar sekitar tahun 1972, beliau bekerja sebagai guru disebuah sekolah
yayasan yang gajinya tidaklah tinggi. Oleh sebab itu beliau tidak bergantung
pendapatan semata-mata kepada pekerjaan sebagai guru tapi beliau juga mencari
pekerjaan sampingan iaitu sebagai pemandu kereta sewa. Beliau dapat membeli
sebuah kereta hasil dari titik peluh beliau sebagai guru dan hasil simpanan
beliau sejak dari remaja lagi katanya. Pada masa itu beliau ada berkenan dengan
seorang perempuan yang tinggal sekampung dengan beliau. Nama perempuan itu ialah Roziah bt Che Hassan dan umurnya 17 tahun. Tapi beliau tidak memberitahu kepada
sesiapun termasuk ibupabanya. Setelah umur beliau mencecah 28 tahun iaitu
sekitar tahun 1974, beliau akhirnya meluahkan hasratnya untuk membina
rumahtangga bersama perempuan tersebut kepada ibubapanya. Pada mulanya
perempuan itu tidak setuju untuk berkahwin dengan beliau tetapi berkat doa
beliau dan ayah kepada perempuan tersebut pandai menilai seseorang maka ayahnya
setuju. Sebagai anak haruslah patuh pada ibupaba maka Roziah setuju untuk
berkahwin. Pada masa itu umur Roziah baru sahaja 19 tahun dan umur Nik Man 28,
walaupun umur mereka agak jauh berbeza namun ianya tidak menjadi satu kepelikan
kerana kebanyakan masyarakat pada masa dahulu berkahwin dengan umur sedemikian.
Pada tahun 1974 mereka disatukan secara sah sebagai suami isteri dan Perasaan
cinta mulai hadir dalam hati roziah dan beliau tidak pernah menyesal berkahwin
dengan Nik Man.
Berkat perkahwinan mereka, mereka dianugerah tujuh orang cahaya
mata iaitu 4 lelaki dan 3 perempuan dan salah seorang daripada anak mereka
bernama Nik Azmi Bin Nik man iaitu aku. Aku adalah anak ke-enam mereka. Aku
dilahirkan pada tahun 1992 iaitu selepas 18 tahun perkahwinan mereka.
Aku memulakan alam persekolahan di sekolah
rendah kebangsaan Tok Sangkut, iaitu sekolah rendah yang paling hampir dengan
tempat kediaman aku pada masa itu. Setelah itu, aku melanjutkan pelajaran
diperingkat menengah di sekolah menengah kebangsaan Tiang Chandi, iaitu sekolah
yang terletak di kampung Repek, Pasir Mas. Di sekolah inilah aku mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) iaitu pada tahun 2009. Aku mendapat
tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat tingkatan enam dalam jurusan
sains di sekolah bestari Kubang Bemban, namun aku tidak meneruskan untuk
belajar dalam jurusan tersebut kerana bagi aku jurusan itu agak sukar dan aku telah
membuat keputusan untuk menukar kepada jurusan kemanusian di sekolah kebangsaan
Perempuan, Pasir Mas. Di sekolah inilah aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia dan aku telah memperoleh keputusan yang agak cemerlang. Aku
sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang guru dengan melanjutkan pelajaran aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), namun demikian aku telah gagal
dalam ujian "MEDSI" dan aku hanya ditawarkan untuk melanjutkan
melajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan pengurusan operasi.
Sekarang aku berada di tahun akhir dalam bidang pengajian tersebut. Kini
cita-cita aku ialah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk kedua
ibubapa aku dan juga kepada masyarakat. Bagi aku, apa sahaja pekerjaan yang aku
akan peroleh pada masa hadapan nanti aku akan gunakan peluang itu sebaik
mungkin untuk membuktikan bahawa aku juga mampu berjasa kepada ibubapa aku dan
masyarakat amnya. Bagi aku juga duit bukanlah hal yang paling penting dan
berharga, tapi nilai daripada duit itu yang lebih berharga, "it’s not
about the money,but it’s about the value of money". Aku sangat berharap
agar suatu hari nanti aku mampu memberi sumbangan kepada ibubapa aku walaupun
sedikit sebab aku sedar bahawa peluang untuk aku hidup mewah dengan gaji yang
lumayan pada masa hadapan itu agak sukar kerana pada masa kini kos sara hidup
agak tinggi serta persaingan dalam industri pekerjaan yang semakin sengit.
No comments:
Post a Comment