Hai bloger sekalian, pada
hari ini saya ingin menulis serba sedikit tentang keindahan rumput yang ada
disekeliling kita. Rumput biasanya berwarna hijau dan tumbuh dengan sendirinya
di tempat yang mempunyai tanah yang subur. Rumput Di halaman rumah rumput
kapet biasanya dijadikan sebagai elemen untuk landskap kerana rumput tersebut
mempunyai struktur yang menarik. Jika diperhatikan rupa rumput kapet ini
menyamai kapet. Mungkin sebab itu rumput ini dipanggil rumput kapet. Pada masa
kini, rumput kapet di jual dengan harga yang agak tinggi kerana mungkin
disebabkan oleh kecantikan dan daya tarikan yang ada padanya. Biasanya kita
dapat lihat rumput ini dikediaman orang yang berada kan?. Jadi tidak hairanlah
aku kata yang rumput kapet ini berharga agak mahal. Tapi gambar rumput yang aku
masukan dalam blog aku ini bukanlah rumput dari kediaman orang kaya atau
berada, aku tangkap gambar ini dekat kawasan kaki lima perpustakaan Sultanah
Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Apa yang membuatkan aku minat untuk menulis
tentang rumput ini adalah kerana aku minat pada sesuatu yang berwarna hijau.
Warna hijau ini ada orang kata warna syurga, warna ketenangan dan menurut ahli
psikologi warna hijau boleh menguatkan daya stamina pada otak manusia.
Bila diperhatikan rumput
ini sangat menarik kerana dengan adanya rumput ini landskap dikawasan
perpustakaan tersebut menjadi lebih indah dengan kehijauan tumbuhan. Rumput
kapet ini tidak sama macam rumput padang kerana rumput ini tidak mudah tumbuh
tinggi. Tetapi rumput ini lebih memerlukan penjagaan agar ianyanya sentiasa
kelihatan subur. Ianya perlu disiram agar tanah sentiasa lembab. Rumput kapet
ini kelihatan begitu indah bilamana ia disiram sewaktu matahari tengah
bersinar, ia kelihatan seolah-olah ada sinaran dipermukaan rumput. Aku
bercita-cita untuk menanam rumput kapet dihalaman rumahku apabila aku berjaya
dalam hidup nanti..
No comments:
Post a Comment